8 Nov 2008. Termetri sudah izin berwali, lafaz bersaksi. Mahligai kasih Mrs. Housewife (MHW) dan CekZam. Genap sudah tahun yang ke 9. Masih lagi dgn 3 hero yg mnjadi penyeri rumahtangga kami. Alhamdullilah.
Sudah 9 tahun tinggal sebumbung. Berkongsi masalah dan perasaan. Ketawa dan selisih faham turut bersilih ganti. Namun semua masih terkawal. Sudah 9 tahun, persefahaman sudah semakin kukuh. Tiada lg emosi seperti di awal perkahwinan. Masing-masing tahu peranan dan kadangkala dah tak ada apa yg perlu digaduhkan sgt pun :)
Ikut plan asal nak buat shell out di rumah, tapi pd hari yg ditetapkan untuk celebrate tu si kembar adik Lutfi Hazif terkena gatal2 kulit. Berbintik2 merah satu badan. CekZam naik risau. Habis digulungnya carpet, kemas satu rumah, vakum, mop macam esok nak sambut raya! Serius. CekZam kan kalau psl anak,apalah yg dia tak sanggup. Oleh sebab kerja mengemas membawa ke waktu tengahari dah lambat nak ke pasar borong, maka planning bertukar kpd dinner kat luar saja. Uiks..MHW lg lah suka..Tak berkecah dapur MHW.
Sepatutnya nak makan kat kedai konsep Shell Out juga sekali MHW tersilap masuk kedai da.... memang mlm tu rezeki restoran Sate Pak Wan lah menerima kedatangan kami. Nak keluar dah segan pulakkan org dah dtg nak ambil order. Lagi2 Lutfi Hadi dah excited nak makan sate.
 |
Sementara tunggu order sampai. Eh, pandai senyum dah budak sorang itu. |
 |
Si kembar adik dok sebelah abah. |
 |
Air suam dan kentang koreng. Behave pula kali ini. Oh tidak! Lasak teruk. |
 |
Menu sama dgn kembar adik. Haiqal agak behave klu diluar. Tp dlm diam2 buang makanan ke lantai. Anak bertuah sgtkan. |
 |
Lupa nama nasi goreng yg CekZam order. MHW makan juga sesuap dua. Sedap! Ada rasa pedas2 manis. |
 |
Abg long Lutfi Hadi makan sate saja. Sedap juga marinate rempah ratusnya. Saiz juga besar sesuai harga. Jd tambah lg sepuluh ketul sbb tak cukup 😊
MHW order Lamb Chop tp tak snap pic. Gravy dan coslow yg dihidangkn bersama tu sedap. Hanya daging lamb tu sajalah, masa MHW nak potong tak boleh coz sekelilingnya tulang. Omai..omai...banyak lemak drpd daging. Liatlah pulak. Mujurlah CekZam tolong potong2 lamb tu.😆 dah rezeki MHW malam tu begitu. MHW tak gemar nak komplen2 sgt psl makanan. Sejenis redha saje lah hahahha tp mmg tidaklah nak order lg walaupun mungkin akan pergi lagi ke restoran tu.
Apapn mcm biasalah seorang surirumah ini, bila dpt makan-makan kat luar spending time with CekZam dan anak2 tu seronoklah sgt. Sebab tersalah masuk restoran kali ini,maka CekZam kata lain kali kita pergilah makan shell out, tak perlu tunggu anniversary. Yahoo!!!
|
 |
Throwback pic masa nikah. Patutnya sulaman pd baju CekZam itu warna gold, tp tailor salah buat. Ish, geram jer rasa. Tak pasal dah tak sedondon. Tp selamatlah juga nikah dgn 2 kali lafaz. Serius ketika ini MHW rasa mcm puteri. Org yg pandai tempek muka pakai bedak baby jer sekali mekap memang perasan ayu terus. Hari nikah dik oi. Confident kena ada.
Coretan serba sedikit tentang perkahwinan, secara umum MHW rasa isteri zmn sekarang ini lebih bertuah. Wanita kini lebih berdikari. Kemudahan juga di depan mata berbanding zaman mak-mak kita dulu. Malah suami zaman sekarang juga lebih punya kesedaran ttg pentingnya berganding bahu dlm hal pengurusan rumahtangga. Seperti MHW sendiri walau dah bergelar housewife sejak 3 tahun lalu, tp CekZam tak pernah lps tangan dlm hal2 kerja rumah. Tidaklah semua diletakkn atas bahu MHW semata. Lebih2 lg bila kat rumah, CekZam paling suka siapkn breakfast dan minta MHW uruskn hal sekolah anak sahaja. Begitu juga kerja2 remeh lain, mak MHW cerita dulu2 kalau nmpk suami yg jemur kain habislah jd buah mulut orang. Skrg situasi dah berubah. Lelaki tak lg terlihat malu menolong isteri dengan tugasan rumahtangga malahan jd contoh pula itu. Tp kita isteri tak bolehlah nak ambil kesempatan. Mana yg perlu disiapkn itu haruslah laksanakan. Barulah aman rumahtangga gitu.
Kalau ditanya tentang tips rumahtangga MHW yg baru 9 tahun ni, rasanya tak layak nk bagi apa2 panduan. Klu nak gali ilmu selayaknya dekat mak2 kita yg memang dah terbukti rumahtangga mereka kekal ke anak cucu. Tp perlulah diaplikasikan bersesuaian dgn gaya hidup sekarang. Yg baik jadikn teladan. Buruk jd kn sempadan. Akhir kata, semoga Allah berkati rumahtangga kami dan direzekikn utk sambut anniversary lg untuk tahun yg seterusnya InshaAllah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan