Selasa, 14 November 2017

Anniversary ke 9 - bahagiakan realiti.

8 Nov 2008. Termetri sudah izin berwali, lafaz bersaksi. Mahligai kasih Mrs. Housewife (MHW) dan CekZam. Genap sudah tahun yang ke 9. Masih lagi dgn 3 hero yg mnjadi penyeri rumahtangga kami. Alhamdullilah. 

Sudah 9 tahun tinggal sebumbung. Berkongsi masalah dan perasaan. Ketawa dan selisih faham turut bersilih ganti. Namun semua masih terkawal. Sudah 9 tahun, persefahaman sudah semakin kukuh. Tiada lg emosi seperti di awal perkahwinan. Masing-masing tahu peranan dan kadangkala dah tak ada apa yg perlu digaduhkan sgt pun :)

Ikut plan asal nak buat shell out di rumah, tapi pd hari yg ditetapkan untuk celebrate tu si kembar adik Lutfi Hazif terkena gatal2 kulit. Berbintik2 merah satu badan. CekZam naik risau. Habis digulungnya carpet, kemas satu rumah, vakum, mop macam esok nak sambut raya! Serius. CekZam kan kalau psl anak,apalah yg dia tak sanggup. Oleh sebab kerja mengemas membawa ke waktu tengahari dah lambat nak ke pasar borong, maka planning bertukar kpd dinner kat luar saja. Uiks..MHW lg lah suka..Tak berkecah dapur MHW.

Sepatutnya nak makan kat kedai konsep Shell Out juga sekali MHW tersilap masuk kedai da.... memang mlm tu rezeki restoran Sate Pak Wan lah menerima kedatangan kami. Nak keluar dah segan pulakkan org dah dtg nak ambil order. Lagi2 Lutfi Hadi dah excited nak makan sate.

Sementara tunggu order sampai. Eh, pandai senyum dah budak sorang itu.
Si kembar adik dok sebelah abah. 
Air suam dan kentang koreng. Behave pula kali ini. Oh tidak! Lasak teruk. 
Menu sama dgn kembar adik. Haiqal agak behave klu diluar. Tp dlm diam2 buang makanan ke lantai. Anak bertuah sgtkan. 
Lupa nama nasi goreng yg CekZam order. MHW makan juga sesuap dua. Sedap! Ada rasa pedas2 manis. 
Abg long Lutfi Hadi makan sate saja. Sedap juga marinate rempah ratusnya. Saiz juga besar sesuai harga. Jd tambah lg sepuluh ketul sbb tak cukup 😊

MHW order Lamb Chop tp tak snap pic. Gravy dan coslow yg dihidangkn bersama tu sedap. Hanya daging lamb tu sajalah, masa MHW nak potong tak boleh coz sekelilingnya tulang. Omai..omai...banyak lemak drpd daging. Liatlah pulak. Mujurlah CekZam tolong potong2 lamb tu.😆 dah rezeki MHW malam tu begitu. MHW tak gemar nak komplen2 sgt psl makanan. Sejenis redha saje lah hahahha tp mmg tidaklah nak order lg walaupun mungkin akan pergi lagi ke restoran tu.

Apapn mcm biasalah seorang surirumah ini, bila dpt makan-makan kat luar spending time with CekZam dan anak2 tu seronoklah sgt. Sebab tersalah masuk restoran kali ini,maka CekZam kata lain kali kita pergilah makan shell out, tak perlu tunggu anniversary. Yahoo!!!
Throwback pic masa nikah. Patutnya sulaman pd baju CekZam itu warna gold, tp tailor salah buat. Ish, geram jer rasa. Tak pasal dah tak sedondon. Tp selamatlah juga nikah dgn 2 kali lafaz. Serius ketika ini MHW rasa mcm puteri. Org yg pandai tempek muka pakai bedak baby jer sekali mekap memang perasan ayu terus. Hari nikah dik oi. Confident kena ada.

Coretan serba sedikit tentang perkahwinan, secara umum MHW rasa isteri zmn sekarang ini lebih bertuah. Wanita kini lebih berdikari. Kemudahan juga di depan mata berbanding zaman mak-mak kita dulu. Malah suami zaman sekarang juga lebih punya kesedaran ttg pentingnya berganding bahu dlm hal pengurusan rumahtangga. Seperti MHW sendiri walau dah bergelar housewife sejak 3 tahun lalu, tp CekZam tak pernah lps tangan dlm hal2 kerja rumah. Tidaklah semua diletakkn atas bahu MHW semata. Lebih2 lg bila kat rumah, CekZam paling suka siapkn breakfast dan minta MHW uruskn hal sekolah anak sahaja. Begitu juga kerja2 remeh lain, mak MHW cerita dulu2 kalau nmpk suami yg jemur kain habislah jd buah mulut orang. Skrg situasi dah berubah. Lelaki tak lg terlihat malu menolong isteri dengan tugasan rumahtangga malahan jd contoh pula itu. Tp kita isteri tak bolehlah nak ambil kesempatan. Mana yg perlu disiapkn itu haruslah laksanakan. Barulah aman rumahtangga gitu.

Kalau ditanya tentang tips rumahtangga MHW yg baru 9 tahun ni, rasanya tak layak nk bagi apa2 panduan. Klu nak gali ilmu selayaknya dekat mak2 kita yg memang dah terbukti rumahtangga mereka kekal ke anak cucu. Tp perlulah diaplikasikan bersesuaian dgn gaya hidup sekarang. Yg baik jadikn teladan. Buruk jd kn sempadan. Akhir kata, semoga Allah berkati rumahtangga kami dan direzekikn utk sambut anniversary lg untuk tahun yg seterusnya InshaAllah. 




Isnin, 13 November 2017

Staycation di RC Cape Nautica Villa, Port Dickson


Alhamdullilah. Direzekikan lagi kami untuk bawa lutfi brothers berjalan-jalan. Kali ini MHW dan CekZam taklah plan beria coz kakak ipar yg planning nak bawa mother in law ambil angin pantai dan bbq. Siap sponsored tempat penginapan lg.  So we all follow lah memeriahkan suasana. 

MHW cuba blog walking nak cari sedikit info tentang tempat ini. Malangnya tak dapat banyak maklumat. Maka MHW dah dapat jangka ia adalah sebuah kawasan kediaman yang dijadikan homestay. So, pada 20 Oct kami bertolak dr Sg.Buloh pd jam 9.30 lebih kurang dan sampai pkul 12 lebih. Kami lepak2 sebentar di pantai Teluk Kemang sementara nak tunggu masa check in pukul 2.  Cuaca sgtlah terik dan panas memang terasa berbahang seluruh muka. Sambil makan bekalan yg dibawa, anak2 dah macam cacing kepanasan nak terjun laut. Ingatkan nak tukar baju twins lps check in. Tp memang taklah. Twins dah leka dok main korek2 pasir, tiba2 tertoleh ke arah pantai. Sebelum apa2 MHW tangkap dulu then tukar swimming suit. Ikutkan CekZam keberatan nak bagi twins bermandi manda. Maklum last vacay kami kat Bagan Lalang Ogos lalu berakhir dgn twins admitted ke KPJ Rawang. Tapi keinginan budak yg berumur 2 tahun ini manakan bisa dikengkang ye tak. Mahu tak mahu redhakan sajalah. Jgnlah sakit lepas ni ye si kembar. Pukul 1.30pm lebih kurang, kami bergerak ke RC Cape. Jom layankan pic yg sempat MHW snap.
Master bedroom. Besar dan bersih and complete with a bathroom. 

Pemandangan dr balkoni yg sgt luas. Puas nak sidai baju basah. View ni pada MHW sememangnya menenangkan jiwa. Bagi beach lover, perlu menaiki kereta untuk ke pantai kerana dlm pic di atas bukan pantai. Hanya lagoon. Tak boleh mandi.
Okey bilik yg MHW, CekZam dan twins tidur. Malam rapatkan katil. Abang long Hadi tidur kat luar dengan Pak Cik dan sepupu. Still selesa utk kami 4 beranak. Lagi satu bilik juga ada 2 single bedded tapi space lagi besar. Bilik yg itu my SIL and MIL yg tidur. 

Ruang tamu yg lengkap dgn siaran televisyen astro Njoi yg sgt clear. Sempat juga waktu malam ketika org lain sibuk berbbq kat bawah MHW layan running man kat tv9.Tak dapat join BBQ coz twins dah selamat beradu. Penat sangat main kot. Then SIL datang hantar ke atas ikan, ayam, kambing bakar bersama salad dan nasi goreng. Rasa macam perkhidmatan room service gitu hahahha
Si kembar yg tak mau dipegang dah. Independent ke sana sini dalam kids pool. Tp still diberikan pengawasan rapi. Even dorang sgt suka dapat main air, cukup 2 jam bawa naik sebab dah mengigil. MHW masih trauma mengingati twins admitted. Sepanjang minggu MHW bagi Scott Emulsion untuk tingkatkan antibody. 

The most happiest person lah of course. Abg Hadi. Bdk sorang ini kalau dapat mandi kolam tak ingat makan minum. Puas ligan suruh naik. 

CekZam lah layankan anak2. MHW walau teringin berkubang sama, pendam saja keinginan sebab memikirkan kalau semua basah, siapalah pulak yg nak bagi kering anak2. Sambil tengok lelaki2 tersayang mandi kolam, MHW enjoyed the lagoons view in front of the pool. Dok atas bangku dgn angin sepoi2 bahasa. Feel relaxing.

Memandangkan di sini keperluan dapur untuk memasak semua cukup, maka pagi2 adik iparku yg pandai masak buat nasi lemak utk kami. Selaku kakak ipar mithali MHW tolong makan saja. Hahaaha. Ginilah bila dah 9 tahun kan, segan2 dah tak ada dah der. Tapi MHW tolonglah kemas2 dapur apa yg patut selesai semua makan. Abih yg banyak menyepah pun anak sapa lah pulak kan. Siapa lg lah yg paling kecil  kat situ. 
Rangkuman cuti2 kami. Mcm biasa lepas bekpes sambung mandi pool lg. Balik singgah makan tengahari kat tempat tah hape cowboy tu dgn menu ayam bakar. Cuaca panas. Orang sgt ramai. Jd buat MHW agak kurang selesa dgn si kembar lg. But still tekak MHW tak ada yg tak sedap. Ingatkan MHW nak pujuk CekZam pergi Ostrich Farm atau rumah terbalik atau muzium tentera tp memandangkn anak2 semua mata kuyu nak tidur, penat sgt main pool lah tu, maka kami teruskan sahaja perjalanan pulang ke Rawang sahaja.

Overall staycation ini MHW tetap rasa seronok walau tak puas hirup udara pantai. Surirumah katanya kan. Asal dibawa berjalan tak kiralah kemana pun hati ini gembira saja. Ape pun kerana Port Dickson adalah pantai yg dlm kategori cantiklah juga antara yg tak terlalu jauh dr Klang Valley, maka MHW akan kembali ke Port Dickson lain kali. Yg pasti stay tempat lain pula. Kalau boleh ada private beach..amin...see ya.