Rabu, 30 Ogos 2017

Sepoi angin di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang

Ikutkan tiada agenda cuti2 untuk tahun ini. Memandangkan last year cuti brsama twins agak serik sebab twins byk ragam. Sampai nak snap pic pun x ada mood. But then bulan 5 family ajak pergi makan seafood kat bagan lalang. Ketika itu menginap di Chalet Desa Bagan. Percutian pendek ketika itu juga kurang menyeronokkan sbb pool yg mungkin kurang diselenggara dgn baik. Berbau hancing. Rasanye nisbah urine dlm kolam tu dah tinggi kot. Jd tak berapa lalu nak mandi kolam. Pantai pula jauh. Malam makan seafood hujan selebatnya disamping kembar yg meragam2...serba tak kena jadinya.

Tapi Mrs.Housewife ini lemau jer rasa. Maklumlah duduk rumah. Kecek2 kat CekZam ajak bwk berjalan. Agaknya CekZam kesian kot. Bila bagi saja green light cari lah mana2 hotel tapi cari yg dekat2 sebab hanya 2d1n kan...x berbaloi nak drive jauh. Mrs.Housewife mula2 riki kat Cyberjaya tp CekZam rejected pula minta cari dekat pantai. Apalagi Bagan Lalang sajalah yg paling dekat.

 So MHW booking Hotel Seri Malaysia tru booking.com. Beritahu si abang Lutfi Hadi kemain seronok dia. Setiap hari balik sekolah countdown berapa hari lagi nak pergi. Eh sebenarnya mak dia pun sama. Tak sabar nak hirup udara Bagan Lalang.

Maka bila tiba harinya. Pagi tu mcm biasa klu CekZam ada kat rumah hobi dia buat bekpes. Jd CekZam buat bekpes nasi lemak. Saja masak lebih sikit boleh tapau untuk makan tengahari kat sana.

Kami gerak pukul 12. Tak jauh mana kan. Senang sampai terus check in tak payah tunggu dah.

Excited masing2 nak berjalan. Termasuklah mak ni ha... pastikn baca doa naik kenderaan. Twins mmg dah x letak dlm carseat krn dah pandai meloloskn diri mereka

Sampai hotel si kembar mula meneroka, melompat dan mengemas. Suis lampu terlekat dekat benda alah tu. Heaven si kembar bukak tutup suis. Telefon ada atas ini juga tapi cepat2 CekZam cabut simpan dalam almari.

Operasi mnyelongkar segala khazanah yg ada

Abah mnyelamatkan barang drpd dikerjakn kembar. Setiap bilik terdapat sekurang2nya 1 queen bad dan 1 single bed even rate yg paling murah. Cukuplah untuk kami 5 beranak.


Lepas asar tiba aktiviti yg ditunggu...pool!
Pool dewasa agak luas dan dalam.Lutfi Hadi masuk dlm ini pun just main kat tangga
Si bujang lutfi hadi. Sampai mlm pun xkan puas  MHW cuba nak ke pantai ikut pintu belakang yg dibuka oleh pihak hotel tetapi mak ai...jauh lah pula. Jd tak kesampaian lah hasrat dihati nak mengukir nama ditepian pantai. Makanya main pool sajalah anak-anak ini.
 
Alang kepalang sampai ke sana MHW ambil kesempatan ziarah kawan lama zaman belajar di politeknik dulu. Lepas maghrib bergerak ke rumahnya yg hanya 15 minit dari hotel. Dijamu kami dengan sup tulang dan popia cendawan. Memang sgt sedap. Lalu kami pulang ke hotel dgn perut yg kekenyangan.

Esok breakfast tambah RM8 sebab hanya percuma untuk kanak2 6 tahun ke bawah. Tapi menunya alamak...tak tahu nak makan apa sebab tak ada pilihan. Kantin sekolah lagi banyak menu. Mahu atau tidak kami makan sajalah nasi lemak kerana menu selain itu adalah mi dan roti serta cereal utk kanak2. Oh ya, ada bubur juga. Untuk bekpes MHW hanya boleh bagi 1 bintang saja.
Suasana dlm d'bagan cafe. Keluasan pun agak sempit. Si abah melayan kembar while umi ambil makanan.

Lepas bekpes sambung mandi kolam.

Anak2 yang dah tak heran nak berwifie
Abah dan kembar adik(hazif) bersantai di tepi kolam



Pukul 10 dah mula ligan si abg hadi bersiap nak balik. Kemain ssh nak dipujuk. 

Balik singgah makan tengahari di Aeon Rawang. Sempatlah si abg paw nak mainan.

Biasalah bila mak2 sibuk kat kaunter...hak bapa2 kenalah layan yg kecik2.

Afterall short vacay kali ini adalah trkawal even first time without family members. Si kembar dah agak faham bahasakan

So untuk cuti bln 12 adalah juga a few places yg MHW aim nak pergi. Harap2 CekZam approved....amin banyak2.







1 ulasan:

parisarachal berkata...

Casino in Coos Bay, CA - Mapyro
A map showing casinos 남원 출장샵 and other gaming 고양 출장샵 facilities located 정읍 출장마사지 near Casino in Coos Bay, CA, United States. Find 목포 출장마사지 reviews and ratings for AAA/AARP members, 평택 출장안마 seniors,