Jumaat, 21 Oktober 2016

DUKE yg duka

 Klu sesiapa masih mengingati kemalangan yang berlaku di highway DUKE yang menjadikan 2 kanak-kanak perempuan menjadi yatim piatu sekelip mata.  Kes viral yg satu ni mndapat perhatian sepertimana ketika mereka kehilangan setahun yg lalu. Terasa senyuman si yatim piatu itu mnyapa. Aahh....mngapa begini akhirnya?

Tak berani nak buat kesimpulan. Pihak A kata begitu. Pihak B jawab begini. Watak C sampai Z pun ada. Semuanya nak jd nasi tambah. Janganlah hendaknya gajah dgn gajah brgaduh, si pelanduk pula yg mati di tengah2.

Terkesan dan sedih sebenarnya. Pd yg dah pergi dan pd yg tinggal. Tentu x pernah mnyangka ujian harta mampu membutakn perasaan insan2 yg mereka sayang. Apa yg lebih membimbangkn bangsa dan agama kita sekali lg dipandang sinis.

Mulalah brtebaran semula ttg faraid. Mengapa sekalian suku sakat mndapat bahagian sdgkn ketika ssh x nmpk bayang?  Viral semula kisah balu yg kematian suami hidup seperti gelandangan brsama 2 org anak perempuan akibat duit simpanan dan rumah dijual oleh adik beradik dan semua lesap tanpa jejak setelah mndapat imbuhan. Kisah yg itu mmg mndidih darah MHW baca. Korang2 yg pelahap sgt harta anak2 yatim ini mmg spesis loser ye? X reti nak cari rezeki dgn kudrat sendiri. Apakata sebelum masing2 sibuk sgt nak tuntut faraid bagai tu bincang juga ttg belanjawan hidup si yatim dgn balu trsebut ttg belanja dapur siapa nak hulur, keperluan sekolah minta kat siapa, tiba raya siapa yg nak bawak shopping contoh..... dah mmg kn itu lah tujuan faraid itu yg sebenarnya. Yg umat2 ni tahu kekonon ada hak atas nama faraid tp amanah tu sepatah haram x tau.😠😠 ish emo pulak MHW ni.

Sbb MHW trsentak drpd comment2 kat socmed apabila seorg non muslim mnyatakan "klu ikut ajaran ****** 100% duit tu untuk anak2 dan isteri..... nak buat macam mana inilah 'keindahan islam'. See? Betapa faraid yg Allah cipta demi kebajikan balu dan anak yatim dipandang zalim sbb org yg sepatutnya faham buat2 x faham.

Mungkin yg berhak tetap tidak mndapat hak. Maklum jika pengadilannya pd mahkamah dunia. MHW hanya doakn pnyelesaian yg baik. Untuk jiwa2 yg x brdosa itu. Semoga yg buta hati diterangkn jiwa untuk memberi pd yg berhak. Selagi masih ada kesempatan. Jgn smpai satu hari telinga dok terngiang2 lagu 'pulangkn' sudah. Dihantui rasa bersalah seumur hidup. Tu pun nasiblah klu setakat lagu Misha Omar. Klu malaikat maut yg sampai dulu acaner? Apa igt boleh hidup smp seribu tahun ker?







Tiada ulasan: