Klu sesiapa masih mengingati kemalangan yang berlaku di highway DUKE yang menjadikan 2 kanak-kanak perempuan menjadi yatim piatu sekelip mata. Kes viral yg satu ni mndapat perhatian sepertimana ketika mereka kehilangan setahun yg lalu. Terasa senyuman si yatim piatu itu mnyapa. Aahh....mngapa begini akhirnya?
Tak berani nak buat kesimpulan. Pihak A kata begitu. Pihak B jawab begini. Watak C sampai Z pun ada. Semuanya nak jd nasi tambah. Janganlah hendaknya gajah dgn gajah brgaduh, si pelanduk pula yg mati di tengah2.
Terkesan dan sedih sebenarnya. Pd yg dah pergi dan pd yg tinggal. Tentu x pernah mnyangka ujian harta mampu membutakn perasaan insan2 yg mereka sayang. Apa yg lebih membimbangkn bangsa dan agama kita sekali lg dipandang sinis.
Mulalah brtebaran semula ttg faraid. Mengapa sekalian suku sakat mndapat bahagian sdgkn ketika ssh x nmpk bayang? Viral semula kisah balu yg kematian suami hidup seperti gelandangan brsama 2 org anak perempuan akibat duit simpanan dan rumah dijual oleh adik beradik dan semua lesap tanpa jejak setelah mndapat imbuhan. Kisah yg itu mmg mndidih darah MHW baca. Korang2 yg pelahap sgt harta anak2 yatim ini mmg spesis loser ye? X reti nak cari rezeki dgn kudrat sendiri. Apakata sebelum masing2 sibuk sgt nak tuntut faraid bagai tu bincang juga ttg belanjawan hidup si yatim dgn balu trsebut ttg belanja dapur siapa nak hulur, keperluan sekolah minta kat siapa, tiba raya siapa yg nak bawak shopping contoh..... dah mmg kn itu lah tujuan faraid itu yg sebenarnya. Yg umat2 ni tahu kekonon ada hak atas nama faraid tp amanah tu sepatah haram x tau.😠😠ish emo pulak MHW ni.
Sbb MHW trsentak drpd comment2 kat socmed apabila seorg non muslim mnyatakan "klu ikut ajaran ****** 100% duit tu untuk anak2 dan isteri..... nak buat macam mana inilah 'keindahan islam'. See? Betapa faraid yg Allah cipta demi kebajikan balu dan anak yatim dipandang zalim sbb org yg sepatutnya faham buat2 x faham.
Mungkin yg berhak tetap tidak mndapat hak. Maklum jika pengadilannya pd mahkamah dunia. MHW hanya doakn pnyelesaian yg baik. Untuk jiwa2 yg x brdosa itu. Semoga yg buta hati diterangkn jiwa untuk memberi pd yg berhak. Selagi masih ada kesempatan. Jgn smpai satu hari telinga dok terngiang2 lagu 'pulangkn' sudah. Dihantui rasa bersalah seumur hidup. Tu pun nasiblah klu setakat lagu Misha Omar. Klu malaikat maut yg sampai dulu acaner? Apa igt boleh hidup smp seribu tahun ker?
Jumaat, 21 Oktober 2016
Khamis, 6 Oktober 2016
Bkn sebuah kisah viral, skdr satu kisah klasik
Wah, title x boleh blah. Jiwang pun ada. Itulah MHW yg 'halus'. Sejenis halus yg bkn hantu ok!
Alam maya punya kuasa. Kasih syg mahupun kebencian mudah disebarkan. Begitu juga kisah2 yg suwiitt tahap diabetes sekelip mata mnjadi viral. Penyakit viral ni membuatkan manusia mula berlumba2 nak menonjolkan sisi sweet dan touching memasing yg tidak ketahuan lah tujuannya. Bkn lah salah...tidak! Lg2 pasangan halal. Cumanya pasang surut dlm kehidupan manusia itu sendiri sbnrnya adalah satu hakikat nyata yg semua org alami. Tiada yg hebat sgt pun!
Luhurnya Mizz Nina menerima Noh Hujan mnjadi suami biarpun dilahirkn dlm dulang emas. Ya, buat seorg Mizz Nina suaminya itu bknlah siapa2, sementelah dia sndiri x perlukan lelaki kaya untuk mndapatkan apa yg dihajati. Terkagum juga dgn keluarga Tan Sri Azman tak seperti Nyonya Mansur yg alergik dgn ahli muzik.
Kisah macamtu mmg rare. Walau pun begitu, MHW pasti alam rumahtangga mereka pasti x trlepas ujian dan dugaan seperti insan lain.
Kemudian muncul sebuah kisah seorg pensyarah(ketika itu) menerima kasih seorg penghantar makanan untuk dijadikan suami. Bunyi mmg gempak yg kelakarnya diketahui bahawa kedai makan itu milik keluarga sendiri aka anak tauke lah. Dapat pula duit hantaran yg besar juga nilainya (ketika itu) beserta barangan hantaran kelas satu trmasuk sebuah Toyota Wish..ambik kau. Syahdu sgt ker tu hahaha. Bkn lah salah pun tp org lain nak up dan viral dia pun nak juga. Tak mau kalah disitu. Walhal tiada yg luar biasa pun.
Teringat juga sebuah kisah viral seorg wanita yg diawal prkahwinan tidur hanya beralaskn toto itupun diberikan keluarga mentua. Sekali dengar mak aii kagumnya. Menyusuri lebih dlm cerita rupa2nya majlis perkahwinan beliau siap naik helikopter lg. Gempak sungguh. Bknlah nak kata kisah viral seperti yg diceritakan wanita trsebut merupakan imaginasi beliau. Tidak. Namun masih kisah biasa dimana sepasang anak manusia yg memulakan hidup brdua masuk ke rumah baru tanpa sempat mngemas dan membeli perabot. Itu yg tidur atas toto dulu. Banyak jer kot org lain macamtu.
Lg kisah prkahwinan viral yg mana the bride ala2 x kisah buat majlis kahwin sempoi. Mekap sendiri, cuma pakai head band tanpa crown, x pegang bunga cuma pegang handbag, baju pengantin serupa pegi open house walhal majlis sempoi trsebut skadar majlis brtandang sebelah pengantin lelaki yang mana MHW berani katakan, banyak jer yg buat majlis lg sempoi semasa majlis brtandang. Pakai baju recycle kepunyaan kakak. Bahagia jugak. Tidaklah salah bila the bride tersebut kagum dengan dirinya yg x kisah dgn majlis kahwin sempoi. Namun akhirnya tetaplah manjadi sebuah kisah yg bkn asing pd org lain juga. Ramai saja yg mcmtu.
MHW dan cekzam(my hubby lah kan, who else?) memulakan hidup dgn hanya menyewa, sebiji motor honda kapcai dan sebuah kereta produa kelisa yg masih bank punya hahahaha. Mesin basuh,rak pinggan, tv lcd, astro semua tu xder. Berdikit2 kami lengkapkan segala keperluan. Lahir anak pertama barulah dilorongkan rezeki beli rumah. Lahir the twins diberikan rezeki tukar kereta yg lebih selesa sbb si kenot itu dah x mampu menampung prtambahan anggota keluarga kami. Semua rezeki anak2. Hidup susah? Tidak. Mewah? Juga tidak. Melancong setiap tahun? Tiada dlm agenda. Kdg2 mkn udang besar, banyak waktu makan udang kecil...ayam,ikan dan daging juga selalu....kerap juga sekadar nasi goreng kampung jer. Tapi x susah. Aman2 saja. Hanya sebuah kisah biasa yg juga dilalui oleh org lain dlm permulaan membina hidup.
Hebat lg mak MHW yg ketika mula kahwin dgn abah hanya dapur kayu saja yg menanti dia. Kadang perlu ke hutan cari kayu, trkadang pergi tepi parit cari paku pakis. Bagi mak itu juga biasa kerana org lain pun kebanyakkan juga hidup begitu ketika itu.
Begitulah kisah berumahtngga yg punyai ceritera trsendiri. Ada yg tiada isu wang namun brbulan2 menahan rindu kerana suami seorg anak kapal yg kerjanya dilaut. Begitu juga yg PJJ...mabuk hamil, anak sakit, sendiri demam semua perlu dilalui sendiri berikutan suami yg tiada disisi. Tak kurang juga sepasang anak muda yg tinggal di pinggir bandar, sebelum subuh dah bangun hantar anak ke pengasuh. Di stesyen LRT saja tempat transit menunaikan kewajipan pd sang pencipta. Kesibukkan dan kepenatan telan saja dan itu juga masih kisah yg biasa.
Tak perlu lihat sgt khidupan sempurna org lain utk berasa kurang, tidak juga perlu membandingkan kesusahan org lain untuk berasa lebih. Kita dan apa yg dilalui hanya sebuah kisah yg biasa. Diduga, kesenangan, kepahitan adalah bahagian kehidupan yg pasti ada pd semua org. Berbanggalah kerana disetiap sesuatu yg dilalui mnjadikn kita insan yg lebih kuat dan terus brsemangat biarpun sekadar sebuah kisah yg biasa.
Pd akhirnya, ia bukan sebuah kisah yg viral untuk dikagumi tp satu kisah klasik utk masa hadapan. Bilamana MHW dan cekzam berehat minum petang disertakan cekodok bawang di bawah pohon bambu (manalah nak dpt pohon bambu cik kak) sambil menanti kepulangan anak2 kami dari kerja lalu membelek album gambar lama dan mngenang kembali detik2 indah yg biasa itu seraya mngejek satu sama lain "eh, kurusnya awak dulu:)"
Langgan:
Catatan (Atom)