Jumaat, 21 Oktober 2016

DUKE yg duka

 Klu sesiapa masih mengingati kemalangan yang berlaku di highway DUKE yang menjadikan 2 kanak-kanak perempuan menjadi yatim piatu sekelip mata.  Kes viral yg satu ni mndapat perhatian sepertimana ketika mereka kehilangan setahun yg lalu. Terasa senyuman si yatim piatu itu mnyapa. Aahh....mngapa begini akhirnya?

Tak berani nak buat kesimpulan. Pihak A kata begitu. Pihak B jawab begini. Watak C sampai Z pun ada. Semuanya nak jd nasi tambah. Janganlah hendaknya gajah dgn gajah brgaduh, si pelanduk pula yg mati di tengah2.

Terkesan dan sedih sebenarnya. Pd yg dah pergi dan pd yg tinggal. Tentu x pernah mnyangka ujian harta mampu membutakn perasaan insan2 yg mereka sayang. Apa yg lebih membimbangkn bangsa dan agama kita sekali lg dipandang sinis.

Mulalah brtebaran semula ttg faraid. Mengapa sekalian suku sakat mndapat bahagian sdgkn ketika ssh x nmpk bayang?  Viral semula kisah balu yg kematian suami hidup seperti gelandangan brsama 2 org anak perempuan akibat duit simpanan dan rumah dijual oleh adik beradik dan semua lesap tanpa jejak setelah mndapat imbuhan. Kisah yg itu mmg mndidih darah MHW baca. Korang2 yg pelahap sgt harta anak2 yatim ini mmg spesis loser ye? X reti nak cari rezeki dgn kudrat sendiri. Apakata sebelum masing2 sibuk sgt nak tuntut faraid bagai tu bincang juga ttg belanjawan hidup si yatim dgn balu trsebut ttg belanja dapur siapa nak hulur, keperluan sekolah minta kat siapa, tiba raya siapa yg nak bawak shopping contoh..... dah mmg kn itu lah tujuan faraid itu yg sebenarnya. Yg umat2 ni tahu kekonon ada hak atas nama faraid tp amanah tu sepatah haram x tau.😠😠 ish emo pulak MHW ni.

Sbb MHW trsentak drpd comment2 kat socmed apabila seorg non muslim mnyatakan "klu ikut ajaran ****** 100% duit tu untuk anak2 dan isteri..... nak buat macam mana inilah 'keindahan islam'. See? Betapa faraid yg Allah cipta demi kebajikan balu dan anak yatim dipandang zalim sbb org yg sepatutnya faham buat2 x faham.

Mungkin yg berhak tetap tidak mndapat hak. Maklum jika pengadilannya pd mahkamah dunia. MHW hanya doakn pnyelesaian yg baik. Untuk jiwa2 yg x brdosa itu. Semoga yg buta hati diterangkn jiwa untuk memberi pd yg berhak. Selagi masih ada kesempatan. Jgn smpai satu hari telinga dok terngiang2 lagu 'pulangkn' sudah. Dihantui rasa bersalah seumur hidup. Tu pun nasiblah klu setakat lagu Misha Omar. Klu malaikat maut yg sampai dulu acaner? Apa igt boleh hidup smp seribu tahun ker?







Khamis, 6 Oktober 2016

Bkn sebuah kisah viral, skdr satu kisah klasik




Wah, title x boleh blah. Jiwang pun ada. Itulah MHW yg 'halus'. Sejenis halus yg bkn hantu ok!

Alam maya punya kuasa. Kasih syg mahupun kebencian mudah disebarkan. Begitu juga kisah2 yg suwiitt tahap diabetes sekelip mata mnjadi viral. Penyakit viral ni membuatkan manusia mula berlumba2 nak menonjolkan sisi sweet dan touching memasing yg tidak ketahuan lah tujuannya. Bkn lah salah...tidak! Lg2 pasangan halal. Cumanya pasang surut dlm kehidupan manusia itu sendiri sbnrnya adalah satu hakikat nyata yg semua org alami. Tiada yg hebat sgt pun!

Luhurnya Mizz Nina menerima Noh Hujan mnjadi suami biarpun dilahirkn dlm dulang emas. Ya, buat seorg Mizz Nina suaminya itu bknlah siapa2, sementelah dia sndiri x perlukan lelaki kaya untuk mndapatkan apa yg dihajati. Terkagum juga dgn keluarga Tan Sri Azman tak seperti Nyonya Mansur yg alergik dgn ahli muzik.
Kisah macamtu mmg rare. Walau pun begitu, MHW pasti alam rumahtangga mereka pasti x trlepas ujian dan dugaan seperti insan lain.

Kemudian muncul sebuah kisah seorg pensyarah(ketika itu) menerima kasih seorg penghantar makanan untuk dijadikan suami. Bunyi mmg gempak yg kelakarnya diketahui bahawa kedai makan itu milik keluarga sendiri aka anak tauke lah. Dapat pula duit hantaran yg besar juga nilainya (ketika itu) beserta barangan hantaran kelas satu trmasuk sebuah Toyota Wish..ambik kau. Syahdu sgt ker tu hahaha. Bkn lah salah pun tp org lain nak up dan viral dia pun nak juga. Tak mau kalah disitu. Walhal tiada yg luar biasa pun.

Teringat juga sebuah kisah viral seorg wanita yg diawal prkahwinan tidur hanya beralaskn toto itupun diberikan keluarga mentua. Sekali dengar mak aii kagumnya. Menyusuri lebih dlm cerita rupa2nya majlis perkahwinan beliau siap naik helikopter lg. Gempak sungguh. Bknlah nak kata kisah viral seperti yg diceritakan wanita trsebut merupakan imaginasi beliau. Tidak. Namun masih kisah biasa dimana sepasang anak manusia yg memulakan hidup brdua masuk ke rumah baru tanpa sempat mngemas dan membeli perabot. Itu yg tidur atas toto dulu. Banyak jer kot org lain macamtu.

Lg kisah prkahwinan viral yg mana the bride ala2 x kisah buat majlis kahwin sempoi. Mekap sendiri, cuma pakai head band tanpa crown, x pegang bunga cuma pegang handbag, baju pengantin serupa pegi open house walhal majlis sempoi trsebut skadar majlis brtandang sebelah pengantin lelaki yang mana MHW berani katakan, banyak jer yg buat majlis lg sempoi semasa majlis brtandang. Pakai baju recycle kepunyaan kakak. Bahagia jugak. Tidaklah salah bila the bride tersebut kagum dengan dirinya yg x kisah dgn majlis kahwin sempoi. Namun akhirnya tetaplah manjadi sebuah kisah yg bkn asing pd org lain juga. Ramai saja yg mcmtu.

MHW dan cekzam(my hubby lah kan, who else?) memulakan hidup dgn hanya menyewa, sebiji motor honda kapcai dan sebuah kereta produa kelisa yg masih bank punya hahahaha. Mesin basuh,rak pinggan, tv lcd, astro semua tu xder. Berdikit2 kami lengkapkan segala keperluan. Lahir anak pertama barulah dilorongkan rezeki beli rumah. Lahir the twins diberikan rezeki tukar kereta yg lebih selesa sbb si kenot itu dah x mampu menampung prtambahan anggota keluarga kami. Semua rezeki anak2. Hidup susah? Tidak. Mewah? Juga tidak. Melancong setiap tahun? Tiada dlm agenda. Kdg2 mkn udang besar, banyak waktu makan udang kecil...ayam,ikan dan daging juga selalu....kerap juga sekadar nasi goreng kampung jer. Tapi x susah. Aman2 saja. Hanya sebuah kisah biasa yg juga dilalui oleh org lain dlm permulaan membina hidup.

Hebat lg mak MHW yg ketika mula kahwin dgn abah hanya dapur kayu saja yg menanti dia. Kadang perlu ke hutan cari kayu, trkadang pergi tepi parit cari paku pakis. Bagi mak itu juga biasa kerana org lain pun kebanyakkan juga hidup begitu ketika itu.

Begitulah kisah berumahtngga yg punyai ceritera trsendiri. Ada yg tiada isu wang namun brbulan2 menahan rindu kerana suami seorg anak kapal yg kerjanya dilaut. Begitu juga yg PJJ...mabuk hamil, anak sakit, sendiri demam semua perlu dilalui sendiri berikutan suami yg tiada disisi. Tak kurang juga sepasang anak muda yg tinggal di pinggir bandar, sebelum subuh dah bangun hantar anak ke pengasuh. Di stesyen LRT saja tempat transit menunaikan kewajipan pd sang pencipta. Kesibukkan dan kepenatan telan saja dan itu juga masih kisah yg biasa.

Tak perlu lihat sgt khidupan sempurna org lain utk berasa kurang, tidak juga perlu membandingkan kesusahan org lain untuk berasa lebih. Kita dan apa yg dilalui hanya sebuah kisah yg biasa. Diduga, kesenangan, kepahitan adalah bahagian kehidupan yg pasti ada pd semua org. Berbanggalah kerana disetiap sesuatu yg dilalui mnjadikn kita insan yg lebih kuat dan terus brsemangat biarpun sekadar sebuah kisah yg biasa.

Pd akhirnya, ia bukan sebuah kisah yg viral untuk dikagumi tp satu kisah klasik utk masa hadapan. Bilamana MHW dan cekzam berehat minum petang disertakan cekodok bawang di bawah pohon bambu (manalah nak dpt pohon bambu cik kak) sambil menanti kepulangan anak2 kami dari kerja lalu membelek album gambar lama dan mngenang kembali detik2 indah yg biasa itu seraya mngejek satu sama lain "eh, kurusnya awak dulu:)"






Jumaat, 23 September 2016

Twins....most welcome!


Kali ni nak story psl pengalaman deliver twins pulak. Klu tahun sebelum2 ni date 31 Ogos yg dinantikn tentunya detik 12 mlm menandakan usia brtambah lg seangka. Tp last year rutin brtukar dgn menahan sakit contraction kat hospital.

Seminggu sbln deliver ada appointment kat HSB. Kandungan kali ini juga seperti yg prtama perlukn pemantauan drpd specialist coz dlm kategori kandungan berisiko. Waktu tu adalah di minggu yg ke 36. Ikutkan tarikh due date adalah 27 Sept 2015. Nmpknya 1st twin dah betul2 berada dilaluan yg betul. Manakala 2nd twin pula brkedudukan songsang tp doktor kata x der masalah utk brsalin normal.

Doktor juga mngatakan x boleh melebihi 38 minggu krn MCDA twins memungkinkn utk bayi mngalami kekurangan makanan dan oksigen memandangkn mereka brkongsi uri. So, klu 37 weeks x brsalin means perlu induced. Lg pun badan dan perut MHW dlm kategori keciklah bg kandungan kembar ni. Tu pun satu risiko juge.

Ketika tu ada gak lah suami ckp entah2 twins ni nak keluar hari merdeka x. Sape lah yg x nak sambut besday sama dgn anak kan. Tp xder lah trlalu mngharap dan brdoa utk itu. Hanya yg diinginkn kedua2 lahir dgn selamat itu saja doa yg dititipkan pada setiap sujud.

30 Ogos waktu tu nak solat zohor, dah mula turun tanda. Ada sedikit bleeding tp contraction x der. So, pada mulanya tak mahu ke hospital lagi. Tp tiba2 sakit yg amat sgt pd pinggang masa nak solat. Adeh.. mmandangkn dah mula rsa sakit maka kami pun pegi hospital. Sedih masa tu nak tinggalkn Lutfi dgn nenek dia. Lgpun masa tgh menahan sakit tu brkali2 dia tanya umi ok x... masuk toilet pun dia ketuk pintu tanya umi ok x... lg nmpk dia trlebih risau drpd CekZam wah wah.

Smp hospital after VE rupanya dah 5cm. Dah rse brdebar dah. Yo lah, dah alang2 kn. Klu boleh nak lah dpt hari merdeka gak. Tp 12 mlm ada lebih kurang 6 jam lagi. Urut2 perut pujuk baby jgn kluar dlu hahaha. Memandangkn 36 weeks masih dlm kategori pre mature so that kena amik suntikan utk matangkn paru2 bayi. Sakitnya mak aii... tapi apapun MHW sanggup. Asalkan anak2 sihat.

Nmpknya anak2 soleh ni mmg dgr ckp. Dah lps pkul 12 mlm tp contraction makin hilang pulak. Bleeding masih brterusan. Pujuklah baby2 ni sekali lg. Minta keluar cepat2 kalau nak sama birthday dgn umi:) Sepanjang malam x boleh tidur biarpun disediakn katil. Masa tu rasa kesian dgn ibu2 yg lain yg trpaksa brsepah2 sementara tunggu waktu deliver. Malam tu tah brapa kali keluar masuk toilet dan sekali dua ke ruangan menunggu jumpa CekZam. Kesian dia, trpaksa tidur atas kerusi jer.

Pukul 6 pagi esoknya masih x der progress. MO kata klu sampai petang still contraction x kuat transfer ke wad saja coz mungkin blm smp waktu nak deliver. Memandangkn dah 5cm maka x dibenarkn discaj. Pukul 10 pg sekali lg diberikn suntikan matangkn paru2 baby (DEXA) utk dos kedua. Tahanlah sakit lg sekali.....adoilah.

Badan dah mula keletihan, tenaga dah makin kurang. Ulang alik toilet makin kerap. VE lg sekali pd pkul 1 dah 6cm. Contraction dah mula terasa...MHWmakan sebanyak mungkin waktu lunch sbb dah mcm rasa masa tu nak sampai. Waktu asar itu bersujud lama sikit. Doa byk2 mintak biarlah semua dipermudahkan. Lepas solat jumpa CekZam jap. Macam x terurus dah rupa dia maklum dah sehari suntuk kat hospital. Wish birthday pun tak. Sedih tau.

Around 5.30pm mula rasa contraction kuat dan kerap. Bacalah apa2 yg teringat. Nurse yg pd mulanya igt nak transfer ke wad nmpk MHW mcm dah mnggelupur semacam jer dan ada contraction kuat. MO dtg buat VE dah 7cm. Around 6.30 masuk LR.

Situasi dlm LR sgtlah panas Nauzubillah. Smp rasa mcm sukarnya nak brnafas. Dugaan betul! Last2 mintak nurse tolong basahkn tisu dgn air untuk lap2 muka. Kat LR jugak diberikn iv drip. Sakitnya masa tu Allah saja yg tahu. Orang kata jihad wanita brsalin ni gugur segala dosa2kn. Ya. Ketika itu trbayang2 segala dosa seolah2 mcm sedang diazab. Tp tidaklah kesakitan tu mmbuatkn MHW smp meraung. Cuba cool jer sambil borak2 dgn MO. Syukurlah drpd awal rezeki MHW dpt staff perempuan dan mmg inilah antara doa yg paling byk MHW pohonkan sepanjang pregnancy period ni.

Tak ingat pukul berapa CekZam dpt masuk dlm LR. Tp masa tu dah mula nak push. Beberapa percubaan x menjadi sampai MO informed yg jantung babies dah mula x cantik. Terus mencuba lagi namun masih x brjaya. Salah satu faktornya kerana trlalu letih dan tak cukup rehat sejak masuk hospital. Finally MO mintak permission drpd CekZam utk guna vakum. Cekzam diminta keluar drpd LR. Nampaknya sekali lagi CekZam tak dapat mnyaksikan kelahiran anaknya. Agak sedih disitu.😧😧

Sementara nak setting vakum MO minta MHW cuba lg sekali. Dan kali ni baby terus keluar...x sempat vakum pun! Pkul 7.07pm ngam2 maghrib. MHW dah lembik dah waktu tu. Hampir longlai dah. Pastu MO menjerit "lekas, awk x boleh rehat lg, keluarkn anak awak lg sorang". Tak taulah tenaga bagaikan merasuk drpd mana MHW push sekuat hati dan lahir 2nd twins pd 7.11pm. Brbeza 4 minit. Benarlah walau kita ni org perempuan kdgkala lembik buka penutup botol pun kekadang mintak tlg suami, tp dlm hal brsalin mmpu jd sekuat2 manusia. Dlm pd kemamaian slps pertarungan nyawa tu dgr MO brseloroh "sy rasa twins ni x suka 'appa'(bapa) dialah....hahahha biarpun kelakar x mmpu nk ketawa dah. MHW kemamaian mcm separuh sedar masa proses keluarkn plasenta dan jahitan sbb trlalu kepenatan. Tp blm pun sengal2 bdn pulih dah ditolak keluar drpd LR......

Cerita seterusnya adalah nightmare. X mau kenang sbb menyedihkan hati. Ikhlas MHW tidaklah mnyalahkn staff kesihatan mahupun pihak hospital. MHW prcaya klu ada tempat yg lebih selesa utk ibu2 yg sdg mnunggu kelahiran mahupun yg baru melahirkn sementara tunggu wad kosong tentu mereka akan tempatkn kami disitu. Well when corruption is there, nothing much you can say. MHW hanya insan biasa, pmbayar segala mcm cukai trmasuk gst yg so called sistem pncukaian efisyen sgt tu sgtlah mngharapkn pnambahbaikan yg selayaknya mnjadi pulangan dlm pnghasilan negara. Amin.




Isnin, 15 Ogos 2016

Hello August-Datanglah bahagia




Kamilah family patriotik
Suami bday 16 Sept Hari Malaysia
Twins & me 31Ogos Hari Merdeka 

Ogos tiba lagi dengan senyuman. Bulan keramat bagi rakyat Malaysia. Agak klise nak mentioned tp x der ayat lain yg lebih sesuai iaitu 'cepatnya masa brlalu' . Sejak Ogos itu, MHW selalu brmonolog sendiri 'bilalah mereka ni nak besar'. Sejak Ogos itu mandi dan makan macam ribut.Sejak Ogos itu tidur malam sering trganggu namun kini bila Ogos...MHW trsenyum riang. Hampir setahun sudah rupanya keindahan itu dilewati.

Berapa ramai agaknya manusia dimuka bumi ni teringin hari lahir mereka jatuh pd public holiday setiap tahun?

Dan berapa ramai pula yg brhajat memiliki zuriat kembar?

Apatah lg yg mahukan nikmat kegembiraan brkongsi tarikh lahir yg sama dgn anak mereka sendiri?

MHW adalah insan brtuah yg Allah berikan nikmat 3 rezeki trsebut. SubhanAllah, Alhamdullilah. Kadangkala takut dgn segala kebahagiaan ini. Siapalah insan pendosa macam MHW inijkan Tp yg Maha Penyayang tu tak pernah sedikit pun melupakan.

Actually MHW dan CekZam dah ready nak ada anak kedua slps lutfi hadi brusia 3 tahun tp rezeki x kunjung tiba. Namun kami tidaklah kisah sgt sbb lutfi hadi dah ada kan. Smpailah lutfi berumur 4 tahun dan dah pandai merungut. Bosan duduk rumah, kat rumah tak ada kawan. Tak suka balik rumah dan lebih suka ke rumah nenek2 nya sbb nak main dgn sepupu2. Paling trharu, dia selalu doa 'Ya Allah, bagilah ada baby dlm perut umi" Tentunya sebagai ibu rasa kesian tgk dia dan rse diri selfish pulak sbb x berusaha. Sehinggalah setahun lg berlalu dlm x sedar.

Penghujung tahun 2014 bln Disember, spls solat subuh dan nak buat breakfast tak semena2 terasa macam kepala melayang2. Brpusing dan brpusing. Mujurlah CekZam ada kat rumah dan cakap x pyh buat sarapan...hahaha a big yeah. Bkn mengelat x nak masak tau.

Seminggu lps tu mulakah sensitif dgn bau. Bau nasi masak, bau tumisan, gorengan, minyak wangi. Cuma masih boleh makan dan minum seperti biasa. Badan pula rasa keletihan yg luar biasa seolah2 sdg mngangkat brtan2 batu dibelakang badan. Seminggu kemudian mula hilang selera makan dan masa ni dah rasakan 'ada sesuatu'. Beritahu lutfi hadi "umi rasa dlm perut umi ada babylah" dan yg ajaibnya lutfi boleh pulak kata "kat perut umi ni ada baby dua" sambil pegang perut MHW. Waktu itu tak fikir apalah. Hanya rasa lucu.

Sebulan berlalu tnpa brcuti solat dan untuk dptkn kepastian pergi clinic. Result nya positif sprt dijangka. Usia kndungan 16 minggu tiba masanya untuk scan kali pertama.

Mse scan tu doktor macam brkerut2 muka. Kita pun naik suspen. Pastu tanya doktor baby sy okey x doktor kata ok. Doktor sedang mengesan dimana kedudukan plasenta then teringat kata2 lutfi psl baby 2 tu...tanya doktor baby ada satu jer kan doktor...doktor senyum jer dan terus pandang skrin monitor then dia brkerut lg skali dan ckp eh sekejap... yea lah you pregnant twins... then terus speechless!

Doktor tunjukkan skrin disamping jelaskn kat mana kedudukan twins dlm womb.  MHW pula hanya memerhati skrin dgn perasaan yg brcampur baur sambil menangis. Bukan krn rasa gembira, bkn juga kerana tak suka...mungkin trlalu mmikirkn betapa besarnya tanggungjawab yg bakal dipikul dan sangsi sama ada mmpu ke untuk mnggalasnya.

Keluar dari bilik doktor on the way ke kereta beritahu CekZam " kena deliver kat GH gak nampaknya sbb kndungan berisiko" CekZam nmpk blur. Masuk kereta sambung lagi "tak tau nak ckp ni berita gembira ker tak tp anak kita bkn nak jadi 2 tp nak jadi 3" CekZam makin bingung. Macam kena pukau sepatah pun x brcakap. "Kita nak dapat anak kembar" sambil tunjuk gambar scan tu.

Slps tu CekZam trsenyum lebarlah jugak. CekZam cakap mmg klu boleh nak anak klu boleh lahir 2 atau 3 terus jimat skit masa nak buat pregnancy check up..amboi2. On the way balik brsembang ttg keturunan kembar dlm family.

Hati MHW masa tu still lg diselubungi kebimbangan dan panik wlu CekZam happy semacam. Sampai jer rumah CekZam mintak gmbr scan tu dan hntr kat kkwn dan family grup wasaap. MHW pula tentunya telefon mak. Tentunya insan penting dlm hidup yg perlu dikhabarkan berita itu lebih awal.

Menangis2 ckp dgn mak ketika beritahu. "Mak, doktor kata nmpk 2 kantung...baby kembar" brsyukur x trhingga mak tak lekang sebut alhamdullilah..rezeki. MHW ceritakan segala kekusutan fikiran kat mak..takut tak boleh jaga, takut brsalin sakit sgt, takut kne czer, takut pantang nnt letih sgt...segala mcm jenis takut. Maka selayaknya seorg ibu mndamai dan mntenteramkn dan slps mndengar nasihat mak barulah MHW sedikit positif dan rasa gembira. Tentu Allah hadiahkan rezeki ni kerana kita mampu betul x? Slps dpt suntikan semangat drpd mak barulah ada kekuatan dan MHWkongsikan berita gembira tu pd adik beradik yg lain tru family grup wasaap. Semua org nmpknya brkongsi kegembiraan tu lebih2 lg adik perempuan MHW iaitu Nani. Trharunya dia sampai nak menangis.

Lutfi balik sekolah terus inform dia "lutfi nak dpt 2 adik" sambil tunjuk gambar scan. Lutfi pula ckp "eh, 2 ker, macammana lutfi nak jaga" kelakar pula tgk gelagat dia. Nmpknya dia dah lupa lah tu yg dia sndiri pernah ckp dlm perut umi dia ni ada 2 org baby hihihihi.

Lg 2 weeks inshaAllah kembar pun akan genap setahun danMHW pula 32 tahun. Tapi dlm family kecil ni bkn hanya MHW dan kembar saja yg lahir pd tarikh brsejarah krn CekZam juga lahir pd 16 Sept brsamaan Hari Malaysia. Next entry nnt kita cerita ttg pngalaman mngandung dan melahirkn kembar ya. Setakat ini dulu catatan kali ini. Nak layan badminton plak. Tq.




Khamis, 4 Ogos 2016

Syawal 1437h nan indah

Berlabuh sudah tirai syawal 1437H di tahun 2016. Syawal yg sempurna. Even aktiviti raya adalah sama setiap tahun namun tetap dinantikn saban tahun. Hari raya adalah hari bahagia. Biarpun dah besar gajah dan dah jd mak org, MHW tetap teruja setiapkali raya.

Aidilfitri kali ini adakalah yg prtama dgn kuasa 2 tu (kembar) mak aii...sibuknye hari raya kali ini. Awal2 packing brg dah tentu. Ditambalh lagi dengan kepenatan mngejar mereka yg berusia 10 bln dan nak explore semua benda tnpa kenal erti bahaya. Meragam x cukup tidur, tukar pampers, salinkn baju, masuk bawah meja, tarik segala lapik2, nak mncapai drpd sudu hinggakn cawan kaca...adeh, klu x der dayang2 dan CekZam mmg patah kaki dibuatnye..inilah pngalaman sekali seumur hidup.

Mmg awal2 dah ckp dgn CekZam thn ni nak raya puas2 sbb thn lps dah raya asal boleh jer. Last year kn kuasa 2 tu 7 bln dlm perut dan CekZam pun on duty waktu raya. Memang dlm keadaan sarat wktu tu x brapa larat nak brshopping dan lebih kpd nak sediakn kperluan sambut 2 org baru dlm family. Jadi this year mmg pulun abis lah. Mujurlah CekZam redha jer hahaha (gelak jahat) yo lah, karang wat cite sedih sakit masa brsalin dah sah2 CekZam x boleh lawan..gitu... (gelak jahat lg)

Apepun, doa agar kami sekeluarga terus dipanjangkn usia dan terus diberikan kesihatan yg baik. Diusia mnjangkau 32 tahun ni, berada disisi seorg suami yg mnyayangi, anak2 yg sihat serta masih dpt rasa masakan air tgn ibu dan ibu mertua...makanya nikmat Allah manakah yg nak dustakn lg. Moga brtemu lg syawal akan dtg. Terima kasih ya Rabb...








  

Inilah cucu2 En.Mohd Noor & Pn. Aidah



Jumaat, 29 Julai 2016

Senyuman bahagia Lutfi Hadi

Mmg hari ini adalah antara hari yg gembira dlm diari hidup sbg ibu. Actually perkara kecik jer kot. Anak bujang nak berport luck sambut raya kat sekolah dan macam biasalah otak seorg Mrs.Housewife (MHW) like me akan ligat pikir juadah apa yg nak dibawa.

Scroll fb then nmpk kat wall member setaman dok promote brownies. Nmpk sedap dipandangan mata. Tanya si bujang for approval, wah nmpk ada nur dimatanya.....gitu. Apalagi teruslah order.

Brownies sampai malam sblm majlis port luck which is lutfi pun dah trtidur. Esok pagi tunjuk kat dia..amboi..senyum x putus2. Kawan2 dgn cikgu mesti suka kata dia lagi. Excited brsiap dgn baju raya yg dia sndiri decided mana satu nak pakai and the best part was when he hug me and said thank you umi...argh, so wonderful! The best feeling ever.

Last year mse first time dia nak br'port luck MHW ambil mudah jer. Dalam hati ala budak2 jer kot,  just beli kek span kat kedai dan mnyebabkan lutfi balik dr sekolah dgn wajah muram. Katanya kek tu x sedap. Kawan2 x suka then MHW realised yg perkara yg kita anggap remeh temeh ni sbnrnye besar ertinya pd dorang. Jadi bila MHW benarkn dia libatkn diri dlm mmbuat decision ttg diri dia...nmpk dia lebih mnghargai apa yg kita buat dan of course lah dia pun hepy.

Balik sekolah hari ini senyum jer sokmo. Siap cikgu puji hensem!!

Tak tau knp motif terselit potong kek. Birthday lama dah lepas dah.


Kawan2 sekelas. Muka sgt happy

Haip. 

Best friend yg selalu disebut2







Rabu, 27 Julai 2016

Salam pembuka bicara

Aslmkm readers..eh dah ada ker?hahaha. Perasan tau. Sebelum kita sembang panjang, sukalah nak diberitahu dlm setiap entry yg akan datang anda akan menemui acronym MHW yg merujuk kpd Mrs.Housewife means saya lah tu. 😂

Ok memandangkan ini nukilan pertama MHW di blog ni so that let me introduced myself as simple as can. Maklum MHW bkn popular pun kan..apa lah yg nak di cite sgt pun

Diizinkan lahir pd tarikh yg paling gemilang bg rakyat Malaysia. 31hb Ogos 1984. Anak ke 3 drpd 7 beradik. Berasal dr Klang Selangor dan diberi nama Hashila binti Mohd Noor. Pendek saja. Mak kata senang suami nak akad nikah.

Status terkini adalah bidadari buat suami trsayang Izambri Mohd Noor (CekZam) hahaha..kahwin gak dgn dia. Berjodohan juga kami:) Kisah kami mcm dlm novel..cuma kurang dramatiklah sbb klu ikut novel patutnye CekZam adalah seorang pilot. Gitu. Syukur Allah tetapkn dia sebagai jodoh. Kini istana cinta kami diserikan dgn 3 hero2 soleh(ammmiiinnn byk2) yg mne 2 antaranya adalah pasangan kembar.

Tujuan MHW create blog ni sbb suka menulis..that's it. X der sbb lain pun. Sebarang penulisan dlm blog ni adalah pendapat peribadi MHW yg x semestinya betul . Sekadar pandangan disamping mngabadikn knangan perjalanan anak2 mmbesar. Moga2 satu hari nnt anak2 akn trsenyum dan gmbira mmbaca catatan ni satu hari nanti.

Sekian tuk kali ini. Inilah khidupan yg biasa, namun tetap indah dan sempurna Alhamdullilah.