Ahad, 8 Januari 2017

Putera Sulungku masuk darjah satu


Bersiap sedia ke sekolah sesi pagi


Hampir seminggu dah putera sulung Muhd. Lutfi Hadi masuk darjah satu. Masih lg dlm proses sesuaikan diri. Termasuk lah MHW juga. Sebelum tidur kena pastikan jam loceng dah kunci. Tak ade istilah 5 minit lg bila alarm bunyi.

Rasa sebak tu dah mula rasa masa buat persiapan barang-barang sekolah lagi. Rasa diri dah tua, risaukan anak boleh tak bwk diri dan lain2 lg lah yg berkaitan emosi mak2 ni.

Ahad terakhir sebelum sekolah baru selesai balut  buku. Itu pun tunggu kembar tidur dulu. Time tu sungguhlah teringat mak abah. Tentu susah payah cari duit nak lengkapkan keperluan sekolah kan. Adeh..menyesalnya x belajar betul2😢

Habis balut buku nak solat isyak,Lutfi pun mintak nak solat sekali. Tp tentunya bkn berjemaah lah kan. Manalah MHW boleh jd imam dia. Lps solat berdoa dgn suara yg sengaja dikuatkan. Minta pd Allah agar segalanya dipermudahkan buat Lutfi Hadi. Minta diterangkan hatinya, semoga dpt membaca, mengira dan memahami pelajaran dgn baik. Tak sangka pula Lutfi balas dgn kata2 yg menyentuh hati.

"Umi selalu doa, tapi kita tak pandai belajar jugak" Aduh...rasa nak banjir tp tahan. Bagi dia kata2 positif. Iya, rasa mcm Lutfi ni tahu kelemahan dia dan sekarang mngalami low self esteem.

Tenung muka lepas dia dah tidur. Lps tu MHW pula tutup muka dgn selimut kemudian mula dah menitik air mata yang dah tertahan daripd tadi.

Lutfi boleh membaca tp perlu mmgeja dahulu. Bila jumpa perkataan panjang dia akan mudah confused. Dia juga agak keliru untuk membezakn ejaan seperti ceria knp tidak ce-ri-ya. Knp durian bkn dan bkn du-ri-yan. Contohnya begitulah dan ttg ini mmg ssh nak jelaskan mcm mana.

Jadi permulaan tahun satu ini mungkin agak berliku untuk dia. Lagi2 dgn konsep KBAT yg mmbuatkn sekeping hati ini jd berkeping2. Risau. Tp x mahu trlalu kelihatan. Kena yakinkan anak.
Maaflah Lutfi, umi bknlah seorg ibu yg brkelulusan ijazah kelas prtama dan umi dan abah tak ada otak genius untuk diwariskn kpd kamu. Jadikn lah umi contoh biarpun sekadar sempadan dlm kamu meniti langkah utk merancang hidup.

Hari2 awal Lutfi ke sekolah brtemankn CekZam saja. MHW dok rumah saja tunggu update. Tak sesuai rasanya nak pergi dlm keadaan si kembar melasak ya ampun skrg. According to cekzam lutfi ok2 jer. Tp biasalah org lelaki bkn jenis nak keep sentimental bagai. Tak de nye lah nak snap pic ker apa. Jd nye x der lah pic kat sekolah satu pun.

Igtkn cekzam nak tunggu smp waktu rehat. Rupanya tak pun. Lps anak masuk kelas dia pun balik. Sbb kesian katanya bdk2 rehat nnt x der tmpt duduk. MHW ni risaulah jugak. Mintaklah CekZam pergi jenguk2. Tp cekzam ckp x perlu! Biar dia brdikari. Biarlah beratur pjg, biarlah tak sempat beli makanan atau x ambil duit baki pun. Tu semua proses pembelajaran ttg kehidupan. Maka dia akan perlahan2 belajar dan mngatasi keadaan itu. Nampaknya Lutfi boleh adaptasi suasana baru tu dgn cepat. Alhamdullilah hari prtama berjalan lancar.

Hari kedua brmula sesi persekolahan utk sesi pagi pula di Sek.Agama.Al Insyirah. Hantar dia kat sini sbb dekat dgn rumah. Boleh jalan kaki jer. Jadi tak adalah terlalu nak terkejar2 untuk sesi petang. Harapnya dpt meneruskn kesinambungan apa yg dipelajari di tadika PASTI sebelum ini. Bekalan ilmu fardu ain dan fardu kifayah sgtlah penting. In Sha Allah dekat rumah nanti top up apa yg patut.

Ok. Sekian dulu entry kali ini. Gud Luck buat anak kawan2 yg juga sebaya dgn Muhd Lutfi Hadi ya.