Jumaat, 23 September 2016

Twins....most welcome!


Kali ni nak story psl pengalaman deliver twins pulak. Klu tahun sebelum2 ni date 31 Ogos yg dinantikn tentunya detik 12 mlm menandakan usia brtambah lg seangka. Tp last year rutin brtukar dgn menahan sakit contraction kat hospital.

Seminggu sbln deliver ada appointment kat HSB. Kandungan kali ini juga seperti yg prtama perlukn pemantauan drpd specialist coz dlm kategori kandungan berisiko. Waktu tu adalah di minggu yg ke 36. Ikutkan tarikh due date adalah 27 Sept 2015. Nmpknya 1st twin dah betul2 berada dilaluan yg betul. Manakala 2nd twin pula brkedudukan songsang tp doktor kata x der masalah utk brsalin normal.

Doktor juga mngatakan x boleh melebihi 38 minggu krn MCDA twins memungkinkn utk bayi mngalami kekurangan makanan dan oksigen memandangkn mereka brkongsi uri. So, klu 37 weeks x brsalin means perlu induced. Lg pun badan dan perut MHW dlm kategori keciklah bg kandungan kembar ni. Tu pun satu risiko juge.

Ketika tu ada gak lah suami ckp entah2 twins ni nak keluar hari merdeka x. Sape lah yg x nak sambut besday sama dgn anak kan. Tp xder lah trlalu mngharap dan brdoa utk itu. Hanya yg diinginkn kedua2 lahir dgn selamat itu saja doa yg dititipkan pada setiap sujud.

30 Ogos waktu tu nak solat zohor, dah mula turun tanda. Ada sedikit bleeding tp contraction x der. So, pada mulanya tak mahu ke hospital lagi. Tp tiba2 sakit yg amat sgt pd pinggang masa nak solat. Adeh.. mmandangkn dah mula rsa sakit maka kami pun pegi hospital. Sedih masa tu nak tinggalkn Lutfi dgn nenek dia. Lgpun masa tgh menahan sakit tu brkali2 dia tanya umi ok x... masuk toilet pun dia ketuk pintu tanya umi ok x... lg nmpk dia trlebih risau drpd CekZam wah wah.

Smp hospital after VE rupanya dah 5cm. Dah rse brdebar dah. Yo lah, dah alang2 kn. Klu boleh nak lah dpt hari merdeka gak. Tp 12 mlm ada lebih kurang 6 jam lagi. Urut2 perut pujuk baby jgn kluar dlu hahaha. Memandangkn 36 weeks masih dlm kategori pre mature so that kena amik suntikan utk matangkn paru2 bayi. Sakitnya mak aii... tapi apapun MHW sanggup. Asalkan anak2 sihat.

Nmpknya anak2 soleh ni mmg dgr ckp. Dah lps pkul 12 mlm tp contraction makin hilang pulak. Bleeding masih brterusan. Pujuklah baby2 ni sekali lg. Minta keluar cepat2 kalau nak sama birthday dgn umi:) Sepanjang malam x boleh tidur biarpun disediakn katil. Masa tu rasa kesian dgn ibu2 yg lain yg trpaksa brsepah2 sementara tunggu waktu deliver. Malam tu tah brapa kali keluar masuk toilet dan sekali dua ke ruangan menunggu jumpa CekZam. Kesian dia, trpaksa tidur atas kerusi jer.

Pukul 6 pagi esoknya masih x der progress. MO kata klu sampai petang still contraction x kuat transfer ke wad saja coz mungkin blm smp waktu nak deliver. Memandangkn dah 5cm maka x dibenarkn discaj. Pukul 10 pg sekali lg diberikn suntikan matangkn paru2 baby (DEXA) utk dos kedua. Tahanlah sakit lg sekali.....adoilah.

Badan dah mula keletihan, tenaga dah makin kurang. Ulang alik toilet makin kerap. VE lg sekali pd pkul 1 dah 6cm. Contraction dah mula terasa...MHWmakan sebanyak mungkin waktu lunch sbb dah mcm rasa masa tu nak sampai. Waktu asar itu bersujud lama sikit. Doa byk2 mintak biarlah semua dipermudahkan. Lepas solat jumpa CekZam jap. Macam x terurus dah rupa dia maklum dah sehari suntuk kat hospital. Wish birthday pun tak. Sedih tau.

Around 5.30pm mula rasa contraction kuat dan kerap. Bacalah apa2 yg teringat. Nurse yg pd mulanya igt nak transfer ke wad nmpk MHW mcm dah mnggelupur semacam jer dan ada contraction kuat. MO dtg buat VE dah 7cm. Around 6.30 masuk LR.

Situasi dlm LR sgtlah panas Nauzubillah. Smp rasa mcm sukarnya nak brnafas. Dugaan betul! Last2 mintak nurse tolong basahkn tisu dgn air untuk lap2 muka. Kat LR jugak diberikn iv drip. Sakitnya masa tu Allah saja yg tahu. Orang kata jihad wanita brsalin ni gugur segala dosa2kn. Ya. Ketika itu trbayang2 segala dosa seolah2 mcm sedang diazab. Tp tidaklah kesakitan tu mmbuatkn MHW smp meraung. Cuba cool jer sambil borak2 dgn MO. Syukurlah drpd awal rezeki MHW dpt staff perempuan dan mmg inilah antara doa yg paling byk MHW pohonkan sepanjang pregnancy period ni.

Tak ingat pukul berapa CekZam dpt masuk dlm LR. Tp masa tu dah mula nak push. Beberapa percubaan x menjadi sampai MO informed yg jantung babies dah mula x cantik. Terus mencuba lagi namun masih x brjaya. Salah satu faktornya kerana trlalu letih dan tak cukup rehat sejak masuk hospital. Finally MO mintak permission drpd CekZam utk guna vakum. Cekzam diminta keluar drpd LR. Nampaknya sekali lagi CekZam tak dapat mnyaksikan kelahiran anaknya. Agak sedih disitu.😧😧

Sementara nak setting vakum MO minta MHW cuba lg sekali. Dan kali ni baby terus keluar...x sempat vakum pun! Pkul 7.07pm ngam2 maghrib. MHW dah lembik dah waktu tu. Hampir longlai dah. Pastu MO menjerit "lekas, awk x boleh rehat lg, keluarkn anak awak lg sorang". Tak taulah tenaga bagaikan merasuk drpd mana MHW push sekuat hati dan lahir 2nd twins pd 7.11pm. Brbeza 4 minit. Benarlah walau kita ni org perempuan kdgkala lembik buka penutup botol pun kekadang mintak tlg suami, tp dlm hal brsalin mmpu jd sekuat2 manusia. Dlm pd kemamaian slps pertarungan nyawa tu dgr MO brseloroh "sy rasa twins ni x suka 'appa'(bapa) dialah....hahahha biarpun kelakar x mmpu nk ketawa dah. MHW kemamaian mcm separuh sedar masa proses keluarkn plasenta dan jahitan sbb trlalu kepenatan. Tp blm pun sengal2 bdn pulih dah ditolak keluar drpd LR......

Cerita seterusnya adalah nightmare. X mau kenang sbb menyedihkan hati. Ikhlas MHW tidaklah mnyalahkn staff kesihatan mahupun pihak hospital. MHW prcaya klu ada tempat yg lebih selesa utk ibu2 yg sdg mnunggu kelahiran mahupun yg baru melahirkn sementara tunggu wad kosong tentu mereka akan tempatkn kami disitu. Well when corruption is there, nothing much you can say. MHW hanya insan biasa, pmbayar segala mcm cukai trmasuk gst yg so called sistem pncukaian efisyen sgt tu sgtlah mngharapkn pnambahbaikan yg selayaknya mnjadi pulangan dlm pnghasilan negara. Amin.