Isnin, 15 Ogos 2016

Hello August-Datanglah bahagia




Kamilah family patriotik
Suami bday 16 Sept Hari Malaysia
Twins & me 31Ogos Hari Merdeka 

Ogos tiba lagi dengan senyuman. Bulan keramat bagi rakyat Malaysia. Agak klise nak mentioned tp x der ayat lain yg lebih sesuai iaitu 'cepatnya masa brlalu' . Sejak Ogos itu, MHW selalu brmonolog sendiri 'bilalah mereka ni nak besar'. Sejak Ogos itu mandi dan makan macam ribut.Sejak Ogos itu tidur malam sering trganggu namun kini bila Ogos...MHW trsenyum riang. Hampir setahun sudah rupanya keindahan itu dilewati.

Berapa ramai agaknya manusia dimuka bumi ni teringin hari lahir mereka jatuh pd public holiday setiap tahun?

Dan berapa ramai pula yg brhajat memiliki zuriat kembar?

Apatah lg yg mahukan nikmat kegembiraan brkongsi tarikh lahir yg sama dgn anak mereka sendiri?

MHW adalah insan brtuah yg Allah berikan nikmat 3 rezeki trsebut. SubhanAllah, Alhamdullilah. Kadangkala takut dgn segala kebahagiaan ini. Siapalah insan pendosa macam MHW inijkan Tp yg Maha Penyayang tu tak pernah sedikit pun melupakan.

Actually MHW dan CekZam dah ready nak ada anak kedua slps lutfi hadi brusia 3 tahun tp rezeki x kunjung tiba. Namun kami tidaklah kisah sgt sbb lutfi hadi dah ada kan. Smpailah lutfi berumur 4 tahun dan dah pandai merungut. Bosan duduk rumah, kat rumah tak ada kawan. Tak suka balik rumah dan lebih suka ke rumah nenek2 nya sbb nak main dgn sepupu2. Paling trharu, dia selalu doa 'Ya Allah, bagilah ada baby dlm perut umi" Tentunya sebagai ibu rasa kesian tgk dia dan rse diri selfish pulak sbb x berusaha. Sehinggalah setahun lg berlalu dlm x sedar.

Penghujung tahun 2014 bln Disember, spls solat subuh dan nak buat breakfast tak semena2 terasa macam kepala melayang2. Brpusing dan brpusing. Mujurlah CekZam ada kat rumah dan cakap x pyh buat sarapan...hahaha a big yeah. Bkn mengelat x nak masak tau.

Seminggu lps tu mulakah sensitif dgn bau. Bau nasi masak, bau tumisan, gorengan, minyak wangi. Cuma masih boleh makan dan minum seperti biasa. Badan pula rasa keletihan yg luar biasa seolah2 sdg mngangkat brtan2 batu dibelakang badan. Seminggu kemudian mula hilang selera makan dan masa ni dah rasakan 'ada sesuatu'. Beritahu lutfi hadi "umi rasa dlm perut umi ada babylah" dan yg ajaibnya lutfi boleh pulak kata "kat perut umi ni ada baby dua" sambil pegang perut MHW. Waktu itu tak fikir apalah. Hanya rasa lucu.

Sebulan berlalu tnpa brcuti solat dan untuk dptkn kepastian pergi clinic. Result nya positif sprt dijangka. Usia kndungan 16 minggu tiba masanya untuk scan kali pertama.

Mse scan tu doktor macam brkerut2 muka. Kita pun naik suspen. Pastu tanya doktor baby sy okey x doktor kata ok. Doktor sedang mengesan dimana kedudukan plasenta then teringat kata2 lutfi psl baby 2 tu...tanya doktor baby ada satu jer kan doktor...doktor senyum jer dan terus pandang skrin monitor then dia brkerut lg skali dan ckp eh sekejap... yea lah you pregnant twins... then terus speechless!

Doktor tunjukkan skrin disamping jelaskn kat mana kedudukan twins dlm womb.  MHW pula hanya memerhati skrin dgn perasaan yg brcampur baur sambil menangis. Bukan krn rasa gembira, bkn juga kerana tak suka...mungkin trlalu mmikirkn betapa besarnya tanggungjawab yg bakal dipikul dan sangsi sama ada mmpu ke untuk mnggalasnya.

Keluar dari bilik doktor on the way ke kereta beritahu CekZam " kena deliver kat GH gak nampaknya sbb kndungan berisiko" CekZam nmpk blur. Masuk kereta sambung lagi "tak tau nak ckp ni berita gembira ker tak tp anak kita bkn nak jadi 2 tp nak jadi 3" CekZam makin bingung. Macam kena pukau sepatah pun x brcakap. "Kita nak dapat anak kembar" sambil tunjuk gambar scan tu.

Slps tu CekZam trsenyum lebarlah jugak. CekZam cakap mmg klu boleh nak anak klu boleh lahir 2 atau 3 terus jimat skit masa nak buat pregnancy check up..amboi2. On the way balik brsembang ttg keturunan kembar dlm family.

Hati MHW masa tu still lg diselubungi kebimbangan dan panik wlu CekZam happy semacam. Sampai jer rumah CekZam mintak gmbr scan tu dan hntr kat kkwn dan family grup wasaap. MHW pula tentunya telefon mak. Tentunya insan penting dlm hidup yg perlu dikhabarkan berita itu lebih awal.

Menangis2 ckp dgn mak ketika beritahu. "Mak, doktor kata nmpk 2 kantung...baby kembar" brsyukur x trhingga mak tak lekang sebut alhamdullilah..rezeki. MHW ceritakan segala kekusutan fikiran kat mak..takut tak boleh jaga, takut brsalin sakit sgt, takut kne czer, takut pantang nnt letih sgt...segala mcm jenis takut. Maka selayaknya seorg ibu mndamai dan mntenteramkn dan slps mndengar nasihat mak barulah MHW sedikit positif dan rasa gembira. Tentu Allah hadiahkan rezeki ni kerana kita mampu betul x? Slps dpt suntikan semangat drpd mak barulah ada kekuatan dan MHWkongsikan berita gembira tu pd adik beradik yg lain tru family grup wasaap. Semua org nmpknya brkongsi kegembiraan tu lebih2 lg adik perempuan MHW iaitu Nani. Trharunya dia sampai nak menangis.

Lutfi balik sekolah terus inform dia "lutfi nak dpt 2 adik" sambil tunjuk gambar scan. Lutfi pula ckp "eh, 2 ker, macammana lutfi nak jaga" kelakar pula tgk gelagat dia. Nmpknya dia dah lupa lah tu yg dia sndiri pernah ckp dlm perut umi dia ni ada 2 org baby hihihihi.

Lg 2 weeks inshaAllah kembar pun akan genap setahun danMHW pula 32 tahun. Tapi dlm family kecil ni bkn hanya MHW dan kembar saja yg lahir pd tarikh brsejarah krn CekZam juga lahir pd 16 Sept brsamaan Hari Malaysia. Next entry nnt kita cerita ttg pngalaman mngandung dan melahirkn kembar ya. Setakat ini dulu catatan kali ini. Nak layan badminton plak. Tq.




Khamis, 4 Ogos 2016

Syawal 1437h nan indah

Berlabuh sudah tirai syawal 1437H di tahun 2016. Syawal yg sempurna. Even aktiviti raya adalah sama setiap tahun namun tetap dinantikn saban tahun. Hari raya adalah hari bahagia. Biarpun dah besar gajah dan dah jd mak org, MHW tetap teruja setiapkali raya.

Aidilfitri kali ini adakalah yg prtama dgn kuasa 2 tu (kembar) mak aii...sibuknye hari raya kali ini. Awal2 packing brg dah tentu. Ditambalh lagi dengan kepenatan mngejar mereka yg berusia 10 bln dan nak explore semua benda tnpa kenal erti bahaya. Meragam x cukup tidur, tukar pampers, salinkn baju, masuk bawah meja, tarik segala lapik2, nak mncapai drpd sudu hinggakn cawan kaca...adeh, klu x der dayang2 dan CekZam mmg patah kaki dibuatnye..inilah pngalaman sekali seumur hidup.

Mmg awal2 dah ckp dgn CekZam thn ni nak raya puas2 sbb thn lps dah raya asal boleh jer. Last year kn kuasa 2 tu 7 bln dlm perut dan CekZam pun on duty waktu raya. Memang dlm keadaan sarat wktu tu x brapa larat nak brshopping dan lebih kpd nak sediakn kperluan sambut 2 org baru dlm family. Jadi this year mmg pulun abis lah. Mujurlah CekZam redha jer hahaha (gelak jahat) yo lah, karang wat cite sedih sakit masa brsalin dah sah2 CekZam x boleh lawan..gitu... (gelak jahat lg)

Apepun, doa agar kami sekeluarga terus dipanjangkn usia dan terus diberikan kesihatan yg baik. Diusia mnjangkau 32 tahun ni, berada disisi seorg suami yg mnyayangi, anak2 yg sihat serta masih dpt rasa masakan air tgn ibu dan ibu mertua...makanya nikmat Allah manakah yg nak dustakn lg. Moga brtemu lg syawal akan dtg. Terima kasih ya Rabb...








  

Inilah cucu2 En.Mohd Noor & Pn. Aidah